Blogger Widgets

Pengikut

Jumaat, 14 Ogos 2015

5 Langkah Berdoa


Usaha dan doa perlu seiring untuk mencapai sesuatu kejayaan di atas apa yang kita usahakan. Jangan sombong dengan Maha Pencipta. Kerana, Dialah yang akan menunaikan segala permintaan kita. Memohonlah kepadaNya dengan rasa rendah diri sebagai seorang hamba kepada tuhannya. Disini saya kongsikan lima langkah mudah cara-cara berdoa dengan betul untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Langkah-langkah ini saya ambil dari koleksi Osman Affan, seorang pakar motivator Smart Study. Sama-samalah kita manfaatkannya dalam kehidupan.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:


Langkah 1: MATLAMAT
Tentukan apa yang mahu dicapai dalam peperiksaan dengan jelas. Tidak cukup jika kita sekadar kata mahu jadi cemerlang. Jika sepanjang tahun kita skor 'E', dan tiba-tiba dalam peperiksaan sebenar kita skor 'C', kita sedah dikira cemerlang. Jadi, tentukan sekarang berapa 'A' kita mahu skor dalam peperiksaan ini?


Langkah 2: LAFAZKAN
Lafazkan doa dengan mengeluarkan suara agar telinga kita sendiri boleh mendengar. Ia mampu memberi kesan yang lebih mendalam. Amat penting, lafazkan 'apa yang kita mahu' BUKAN 'apa yang kita tidak mahu'. Maksudnya, mohonlah dengan jelas kejayaan yang ingin dicapai, bukan menyebut 'saya tidak mahu gagal, saya tidak mahu gagal!'


Langkah 3: BAYANGKAN
Sema berdoa, bayangkan apa yang kita minta seolah-olah sudah menjadi kenyataan. Jika berdoa untuk menjadi pelajar terbaik sekolah, bayangkan Guru Besar atau Pengetua menyerahkan hadiah pelajar terbaik sekolah kepada kita pada hari penyampaian hadiah. Bayangkan dengan jelas hari yang bersejarah itu. Bayangkan betapa gembiranya wajah ibu-bapa, guru dan ahli keluarga kita pada waktu itu.


Langkah 4: RASAKAN
Cuba rasakan dalam hati, jika doa kita benar-benar menjadi kenyataan, apakah perasaan kita? Apa yang kita rasa mahu lakukan? Cuba bayangkan dengan jelas apa rasanya?


Langkah 5: YAKIN

Tarik nafas, tahan seketika dan lepas dengan rasa lega dan yakin, bahawa doa kita ini akan dimakbulkan. Amin ya Rabbal 'alamin....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...