DSKP @ Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran merupakan satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran. Ia terdiri daripada Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi). DSKP diwujudkan untuk membantu guru-guru melaksanakan pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan cara:-
- Guru melaksanakan PdP dan menjalankan pentaksiran dengan merujuk satu dokumen sahaja.
- Guru mentaksir perkembangan dan pencapaian murid melalui Standard Prestasi.
Mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) KSSR Tahun 6, membawa murid-murid dan guru-guru ke dalam pengenalan kepada pengaturcaraan. Murid-murid akan belajar menggunakan pemikiran logik dalam menyelesaikan masalah melalui penggunaan aplikasi pengaturcaraan dan mempelajari proses yang terlibat dalam membangunkan sesuatu aturcara melalui pendekatan pembangunan aturcara yang sistematik dan mudah. Murid-murid juga didedahkan dengan pemikiran komputasional melalui penggunaan algoritma, alat berfikir dan peralatan digital, belajar menyusun, menganalisa dan mempersembahkan data atau idea secara logik dan sistematik, serta menggunakan teknik Leraian (Decomposition), Pengecaman Corak (Pattern Recognition), Peniskalaan (Abstraction) dan Pengitlakan (Generalisation) dalam pemikiran komputasional untuk menyelesaikan masalah.
Terdapat empat (4) Standard Kandungan (SK) didalam Modul TMK KSSR Tahun 6 ini. Ianya terdiri daripada:-
1.0 - Memahami Pengaturcaraan2.0 - Menggunakan Algorithma melalui Pseudo Kod dan Carta Alir3.0 - Mengatur Cara dan Menguji4.0 - Menghasilkan Projek Pengaturcaraan
Standard Prestasi (SPi) merupakan skala rujukan guru untuk menentukan pencapaian murid dalam menguasai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan. Standard Prestasi mengandungi 6 Tahap Penguasaan yang disusun secara hirarki di mana Tahap Penguasaan 1 menunjukkan pencapaian terendah sehingga pencapaian tertinggi iaitu Tahap Penguasaan 6. Setiap pernyataan Tahap Penguasaan ditafsirkan secara generik sebagai aras tertentu untuk memberi gambaran holistik tentang pencapaian murid.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan