Blogger Widgets

Pengikut

Jumaat, 14 Ogos 2015

5 Langkah Berdoa


Usaha dan doa perlu seiring untuk mencapai sesuatu kejayaan di atas apa yang kita usahakan. Jangan sombong dengan Maha Pencipta. Kerana, Dialah yang akan menunaikan segala permintaan kita. Memohonlah kepadaNya dengan rasa rendah diri sebagai seorang hamba kepada tuhannya. Disini saya kongsikan lima langkah mudah cara-cara berdoa dengan betul untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Langkah-langkah ini saya ambil dari koleksi Osman Affan, seorang pakar motivator Smart Study. Sama-samalah kita manfaatkannya dalam kehidupan.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:


Langkah 1: MATLAMAT
Tentukan apa yang mahu dicapai dalam peperiksaan dengan jelas. Tidak cukup jika kita sekadar kata mahu jadi cemerlang. Jika sepanjang tahun kita skor 'E', dan tiba-tiba dalam peperiksaan sebenar kita skor 'C', kita sedah dikira cemerlang. Jadi, tentukan sekarang berapa 'A' kita mahu skor dalam peperiksaan ini?


Langkah 2: LAFAZKAN
Lafazkan doa dengan mengeluarkan suara agar telinga kita sendiri boleh mendengar. Ia mampu memberi kesan yang lebih mendalam. Amat penting, lafazkan 'apa yang kita mahu' BUKAN 'apa yang kita tidak mahu'. Maksudnya, mohonlah dengan jelas kejayaan yang ingin dicapai, bukan menyebut 'saya tidak mahu gagal, saya tidak mahu gagal!'


Langkah 3: BAYANGKAN
Sema berdoa, bayangkan apa yang kita minta seolah-olah sudah menjadi kenyataan. Jika berdoa untuk menjadi pelajar terbaik sekolah, bayangkan Guru Besar atau Pengetua menyerahkan hadiah pelajar terbaik sekolah kepada kita pada hari penyampaian hadiah. Bayangkan dengan jelas hari yang bersejarah itu. Bayangkan betapa gembiranya wajah ibu-bapa, guru dan ahli keluarga kita pada waktu itu.


Langkah 4: RASAKAN
Cuba rasakan dalam hati, jika doa kita benar-benar menjadi kenyataan, apakah perasaan kita? Apa yang kita rasa mahu lakukan? Cuba bayangkan dengan jelas apa rasanya?


Langkah 5: YAKIN

Tarik nafas, tahan seketika dan lepas dengan rasa lega dan yakin, bahawa doa kita ini akan dimakbulkan. Amin ya Rabbal 'alamin....



Selasa, 9 Jun 2015

DSKP KSSR TAHUN 6

DSKP @ Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran merupakan satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran. Ia terdiri daripada Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi). DSKP diwujudkan untuk membantu guru-guru melaksanakan pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan cara:-
  1. Guru melaksanakan PdP dan menjalankan pentaksiran dengan merujuk satu dokumen sahaja. 
  2. Guru mentaksir perkembangan dan pencapaian murid melalui Standard Prestasi.


Mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) KSSR Tahun 6, membawa murid-murid dan guru-guru ke dalam pengenalan kepada pengaturcaraan. Murid-murid akan belajar menggunakan pemikiran logik dalam menyelesaikan masalah melalui penggunaan aplikasi pengaturcaraan dan mempelajari proses yang terlibat dalam membangunkan sesuatu aturcara melalui pendekatan pembangunan aturcara yang sistematik dan mudah. Murid-murid juga didedahkan dengan pemikiran komputasional melalui penggunaan algoritma, alat berfikir dan peralatan digital, belajar menyusun, menganalisa dan mempersembahkan data atau idea secara logik dan sistematik, serta menggunakan teknik Leraian (Decomposition), Pengecaman Corak (Pattern Recognition), Peniskalaan (Abstraction) dan Pengitlakan (Generalisation) dalam pemikiran komputasional untuk menyelesaikan masalah.

Terdapat empat (4) Standard Kandungan (SK) didalam Modul TMK KSSR Tahun 6 ini. Ianya terdiri daripada:-
1.0 - Memahami Pengaturcaraan
2.0 - Menggunakan Algorithma melalui Pseudo Kod dan Carta Alir
3.0 - Mengatur Cara dan Menguji
4.0 - Menghasilkan Projek Pengaturcaraan



Standard Prestasi (SPi) merupakan skala rujukan guru untuk menentukan pencapaian murid dalam menguasai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan. Standard Prestasi mengandungi 6 Tahap Penguasaan yang disusun secara hirarki di mana Tahap Penguasaan 1 menunjukkan pencapaian terendah sehingga pencapaian tertinggi iaitu Tahap Penguasaan 6. Setiap pernyataan Tahap Penguasaan ditafsirkan secara generik sebagai aras tertentu untuk memberi gambaran holistik tentang pencapaian murid.


Bersambung...

Selasa, 26 Mei 2015

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)


TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) SEBAGAI MATA PELAJARAN
Pada Tahap II, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diajar sebagai satu mata pelajaran sebagai persediaan ke sekolah menengah yang menekankan kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran disiplin ilmu TMK yang berteraskan Standard Kandungan dalam Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data; dan Pengaturcaraan. MATLAMAT Matlamat Standard Kurikulum TMK Tahap II adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran khusus disiplin ilmu TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik.

OBJEKTIF
  1. Diakhir pembelajaran TMK Tahap II, murid akan dapat:
  2. Memahami tentang perisian dan peranti komputer.
  3. Memahami ukuran data dan keselamatan komputer.
  4. Menggunakan pengetahuan multimedia dan aplikasi khusus untuk membangunkan persembahan multimedia tak linear.
  5. Memahami rangkaian komputer dan fungsi internet.
  6. Memahami data, maklumat dan membangunkan pangkalan data.
  7. Mengenali pengaturcaraan dan memahami algoritma untuk membangun atur cara.
  8. Menjana idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.

FOKUS Pada Tahap II (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6), fokus diberikan kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid berdasarkan SK dan SP dalam lima modul yang diperkenalkan iaitu Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data; dan Pengaturcaraan.



PERANCANGAN KANDUNGAN
TMK pada Tahap II lima modul diperkenalkan iaitu Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data dan Pengaturcaraan. Kelima-lima modul ini akan diterjemahkan kepada domain pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kandungan yang terdapat dalam kesemua modul ini disusun atur mengikut aras kognitif murid iaitu dari aras mudah ke aras yang lebih kompleks. Penerangan setiap modul adalah seperti berikut:

Modul
Penerangan
Dunia Komputer
Modul ini diperkenalkan kepada murid untuk mempelajari bagaimana sebuah sistem komputer itu berfungsi, memahami fungsi perisian dan peranti yang terlibat, berupaya memanipulasi ukuran data, serta mampu menjaga keselamatan data dan komputer.

Eksplorasi Multimedia
Eksplorasi Multimedia diperkenalkan kepada murid untuk menunjukkan bagaimana maklumat dipersembahkan dalam bentuk multimedia, membina bahan multimedia menggunakan aplikasi khusus dan membangunkan persembahan multimedia interaktif tak linear.

Sistem Rangkaian dan Dunia Internet
Modul ini merangkumi topik rangkaian dan internet secara teori dan amali. Murid akan diberikan pengetahuan mengenai rangkaian yang membolehkan komputer berinteraksi antara satu sama lain, perkhidmatan dalam Internet serta kemahiran membangunkan laman Blog.

Dunia Pangkalan Data
Modul ini diperkenalkan kepada murid untuk mengenali data dan maklumat, mempelajari ciri-ciri pangkalan data dan jenis data dalam pangkalan data serta membangunkan satu sistem pangkalan data yang mudah.

Pengaturcaraan
Modul ini akan melatih murid belajar menggunakan pemikiran logik dalam menyelesaikan masalah melalui penggunaan aplikasi pengaturcaraan. Murid juga akan mempelajari proses yang terlibat dalam membangunkan sesuatu atur cara melalui pendekatan pembangunan atur cara yang sistematik dan mudah.

Isnin, 25 Mei 2015

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)


KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH  (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
    Matlamat Pendidikan Prasekolah : Untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah.

    Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah : Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.

BENTUK KSSR
Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.



KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
Kurikulum Prasekolah dan Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid.
    Standard Kandungan : Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

    Standard Pembelajaran : Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

Ahad, 17 Mei 2015

Koleksi 20 Frame Kartun Terbaik (.png)

Assalamualaikum semua, salam sejahtera..

'Frame' atau pun bingkai biasanya digunakan semasa kemasan terakhir selepas kerja-kerja pengubahsuaian atau touch up gambar dilakukan.


Seperti entry saya sebelum ini, Kegunaan frame sangatlah banyak dan meluas. Untuk para guru, frame sangat diperlukan untuk menghias BBM yg kita hasilkan agar kelihatan lebih kemas, cantik, dan menarik perhatian. Tak kurang juga yang menggunakan frame sebagai penghias fail dan juga buku aturcara majlis. Walaubagaimanapun, amat sukar untuk kita mencari border dan frame dalam format .png atau .gif yang mana format-format ini kebiasaan latar belakangnya disimpan dalam bentuk transparency yang lebih mudah untuk digunakan/diedit.

Dengan itu, di waktu senggang cuti hari ini, saya telah mengumpul frame yang telah saya perolehi dari en.google, bertemakan kartun dalam format .png, iaitu yang latar belakangnya berbentuk transparency. Ada 20 files semuanya. Saya pecahkan kepada 2 groups kerana filesnya besar. Guru-guru atau sesiapa yang berkenan bolehlah download files tersebut disini.  Semoga usaha saya yang kecil ini dapat membantu permudahkan kerja dan menceriakan anda.

Selamat Hari Guru!!!


DOWNLOAD DISINI
<<Zip 1>> <<Zip 2>>

Ahad, 10 Mei 2015

Koleksi Carta/Jadual Perancangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Perancangan adalah proses membuat perancangan untuk sesuatu.
Ia adalah proses menetapkan matlamat, membangunkan strategi, dan menggariskan tugas dan jadual untuk mencapai matlamat. Ia memerlukan proses pemikiraan dan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang diperlukan untuk mencapai matlamat yang diingini.

Perancangan sangat perlu dalam usaha kita meneruskan kehidupan ini. Tanpa perancangan, sesuatu perkara tidak akan dapat dicapai dengan sempurna. Dapat kita lihat disini, sama ada kerja yang di buat menjurus ke arah kebaikan atau kejahatan, semuanya memerlukan perancangan yang teliti demi menghasilkan kejayaan. Cita-cita atau matlamat tidak dapat dicapai jika perancangan tidak dibuat dan diuruskan dengan betul.

Antara cara ringkas yang digunakan untuk menguruskan perancangan adalah dengan menyediakan carta/jadual perancangan. Berikut adalah beberapa koleksi carta/jadual yang saya kumpulkan daripada en.google dan juga dari penyediaan saya sendiri. Sesuai digunakan untuk pelajar-pelajar mahupun diri sendiri :).

Muat turun <<DISINI>> jika anda perlukan ia.


Rabu, 6 Mei 2015

Subhanallah, alhamdulillah, lailahaillallah, allahuakhbar


:: Subhanallah ::

Subhanallah dari segi bahasa bermaksud Maha Suci Allah. Huraiannya ialah kita meyakini bahawa Allah itu Maha Bersih dan Maha Suci. Allah tidak melakukan kesilapan dan segala tindakanNya sentiasa betul. Saya bagi contoh. Di dalam dunia ini, ada manusia yang Allah pilih untuk beri hidayah dan ada manusia yang Allah pilih untuk tidak memberi hidayah. Ketahuilah bahwa Allah SWT itu langsung tidak memilih kasih. Sesiapa yang diberikan hidayah oleh Allah memang layak menerima hidayah itu berdasarkan usaha dan takdirnya manakala sesiapa yang tidak diberikan hidayah oleh Allah SWT, dia memang tidak layak menerima hidayah tersebut berdasarkan usaha dan takdirnya juga.

Allah SWT langsung tidak serupa dengan manusia yang suka pilih kasih apabila memberi sesuatu. Contohnya bos yang asyik pilih kasih apabila memberi markah cemerlang dan pangkat walaupun mungkin ada orang lain yang sama/lebih layak untuk menerima markah cemerlang dan pangkat tersebut. Contoh yang lain apabila seseorang lelaki itu berkahwin empat. Adalah mustahil untuk dia menyintai keempat-empat isterinya dengan sama rata. Soal hati itu tidak dikira berdosa kerana itu sifat semulajadi manusia. Yang penting dia mestilah berlaku adil terhadap isteri-isterinya dengan memberikan hak mereka seperti nafkah zahir dan batin, giliran yang bersesuaian dsb.


:: Alhamdulillah ::

Alhamdulillah dari segi bahasa bermaksud segala puji itu hanya untuk Allah. Dari segi huraian maksudnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Apabila ada orang yang memuji kita samaada hebat, hensem atau kaya, kembalikanlah pujian tersebut kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah. Janganlah kita merasa hebat dengan apa yang kita miliki samaada ilmu, pangkat, harta dsb kerana semuanya adalah kurniaan dari Allah. Ada orang yang merasa dia hebat kerana berjaya menjawat pangkat yang tinggi dalam syarikat. Siapakah yang telah memberikannya otak dan kepandaian sehingga dia layak menjawat jawatan tersebut? jawapannya ialah Allah. Sebenarnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Di akhirat nanti, kita akan ditanya oleh Allah apakah yang telah kita buat dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Ucapkanlah Alhamdulillah juga untuk bersyukur terhadap segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.

Ucapan ALHAMDULILLAH yang diucap dengan ikhlas
nescaya akan dibalas dengan Rahmat dariNya
dan sesiapa yang diberi Rahmat olehNya
Insya Allah akan bertambah nikmatnya


:: Lailahaillallah ::
Maksud Lailahaillah ialah tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Dari segi huraian maksudnya kita hanya patut menyembah Allah semata-mata dan bukannya benda-benda lain di dunia ini. Kalau zaman dulu, masyarakat jahiliah menyembah berhala. Tapi zaman sekarang ini ada manusia yang bertuhankan benda seperti wang, wanita, pangkat, manusia dsb. Maksud bertuhankan benda ini ialah sanggup melakukan apa sahaja tidak kira halal atau haram untuk mendapatkan benda tersebut. Wang, wanita, pangkat dan lain-lain tidak salah untuk dimiliki tetapi perlu dimiliki dengan cara halal seperti bekerja, berkahwin dan jujur. Bukan dengan cara haram seperti menipu, mencuri, makan rasuah, berzina dsb. Ada orang yang sanggup bekerja dengan kuat tanpa menghiraukan solat 5 waktu kepada Allah SWT. Bukankah seolah-oleh dia telah bertuhankan wang dengan mengabaikan Allah SWT? Bukankah dia seolah-olah telah syirik kepada Allah SWT? berhati-hatilah dengan syirik kerana syirik termasuk dalam dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT kecuali dengan bertaubat Nasuha iaitu taubat yang bersungguh-sungguh dan tidak mengulangi lagi dosa tersebut.


:: Allahu Akbar ::
Dari segi bahasa Allahu Akbar bermaksud Allah Maha Besar. Huraian bagi maksud Allahu Akbar ialah Allah itu Maha Besar dan Hebat. Dia boleh berbuat apa sahaja yang dia kehendaki dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan segala tindakanNya itu. Tiada siapapun yang layak menyoal Allah tentang segala tindakan dan keputusanNya bahkan makhluklah yang akan disoal oleh Allah SWT di akhirat nanti tentang apa yang mereka kerjakan. 

Allah berfirman: Dia (Allah) tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak. (Al-Anbiya' 21:23)

Sesungguhnya ilmu Allah itu Maha luas. Sekiranya dibuat perbandingan ilmu Allah dengan ilmu makhluk itu, ilmu Allah itu seumpama satu lautan yang luas sedangkan ilmu makhluk itu seumpama setitis air dari lautan tersebut, bahkan lebih sedikit dari itu. Jadi layakkah kita mempertikaikan keputusan Allah terhadap kita dengan ilmu kita yang sedikit ini? Oleh itu, kita tidak boleh sama sekali membesarkan benda lain selain dari Allah SWT. Kesemua kita adalah hamba Allah yang tertakluk kepada hukum syariat yang telah ditetapkanNya. kita mestilah mengikut segala hukum syariat Allah untuk membesar dan mengagungkanNya.


<< Muat turun >> BBM zikir ini disini.
Moga BBM zikir yang ringkas ini dapat memberi manfaat kepada tuan/puan. Terima kasih.

Sumber rujukan: http://lautan-biru.blogspot.com/2011/09/maksud-subhanallah-alhamdulillah.html

Ahad, 3 Mei 2015

Tips Membuat Nota Ringkas Sendiri

Nota ringkas adalah frasa yang sering digunakan di India di institusi pendidikan. Ini bermakna nota ringkas merupakan penerangan ringkas mengenai apa-apa perkara yang diberikan. Subjek yang boleh menjadi apa-apa jenis topik seperti seseorang, sesuatu perkara, kejadian, atau idea.

Seperti namanya, nota pendek agak ringkas dan tidak dijangka meliputi subjek secara terperinci. Tiada garis panduan tetap pada panjang nota ringkas. Panjang yang sesuai nota pendek pastinya akan bergantung kepada subjek yang akan disentuh/ceritakan.

Ok, hasil dari carian di google, dapatlah ilham untuk buat tips ini ke dalam format .jpeg. Tips yg saya maksudkan adalah seperti yang tertera di tajuk entry ini "Tips Membuat Nota Ringkas Sendiri". Tips ini saya perolehi dari blog ebookpilihanbonda. Sesuai untuk pelajar-pelajar yang baru berjinak-jinak untuk membuat nota ringkas sendiri. Dengan tips ini, mudah-mudahan dapatlah sedikit panduan/idea untuk menghasilkan nota sendiri. Selamat mencuba n selamat malam! Assalamualaikum.

Jumaat, 1 Mei 2015

DIY Border and Frame - Bunga (.png)

Assalamualaikum semua, salam sejahtera..
Kegunaan border dan frame sangatlah banyak dan meluas. Untuk para guru, border dan frame sangat diperlukan untuk menghias BBM yg kita hasilkan agar kelihatan lebih kemas, cantik, dan menarik perhatian.

Tak kurang juga yang menggunakan border dan frame sebagai penghias fail dan juga buku aturcara majlis. Walaubagaimanapun, amat sukar untuk kita mencari border dan frame dalam format .png atau .gif yang mana format-format ini kebiasaan latar belakangnya disimpan dalam bentuk transparency yang lebih mudah untuk digunakan/diedit.

Dengan itu, di waktu senggang cuti hari ini, saya telah mengedit gambar yang telah saya perolehi dari en.google, untuk dijadikan border dan frame dalam format .png yg latar belakangnya berbentuk transparency. Guru-guru atau sesiapa yang berkenan bolehlah download file tersebut disini. Ada 13 files semuanya. Semoga usaha saya yang kecil ini dapat membantu permudahkan kerja anda.


DOWNLOAD DISINI by: dinda.teJa

Isnin, 27 April 2015

Koleksi Mengenal Hari Dalam Seminggu

Dalam bahasa Arab, "hari pertama" dalam seminggu sepadan dengan Ahad minggu planet. Hari kerja Islam, seperti yang dalam bahasa Ibrani dan kalendar Baha'i, bermula pada waktu matahari terbenam. Hari liturgi Kristian, disimpan dalam biara, bermula dengan upacara sembahyang petang (lihat doa malam), iaitu waktu petang, sejajar dengan tradisi Abrahamik lain. Hari-hari bekerja Kristian dan planet bermula pada tengah malam berikutnya. Umat ​​Islam berkumpul untuk sembahyang di sebuah masjid di tengah hari pada "hari perhimpunan" (Yawm al-Jumu'ah, Yawm يوم bermaksud "hari") yang sepadan dengan Jumaat. Oleh itu "mengumpul hari" sering dianggap sebagai hari rehat mingguan. Ini sering dibuat rasmi, dengan banyak negara Islam mengamalkan Jumaat dan Sabtu (contohnya Mesir, Arab Saudi) atau Khamis dan Jumaat sebagai hujung minggu rasmi, di mana pejabat ditutup; negara-negara lain (contohnya Iran) memilih untuk membuat Jumaat sahaja hari rehat. Beberapa orang lain (contohnya, Turki, Pakistan) telah menerima pakai hujung minggu Barat Sabtu-Ahad semasa membuat Jumaat hari bekerja dengan rehat tengah hari yang lama untuk membolehkan cuti untuk ibadat.

Sabtu/ Saturday : Yaum as-Sabt يوم السبت (hari Sabat)
Ahad/ Sunday : Yaum al-ahad يوم الأحد (hari pertama)
Isnin/ Monday : Yaum al-ithnayn يوم الإثنين (hari kedua)
Selasa/ Tuesday : Yaum ath-Thalatha 'يوم الثلاثاء (hari ketiga)
Rabu/ Wednesday : Yaum al-arba`a 'يوم الأربعاء (hari keempat)
Khamis/ Thursday : Yaum al-Khamis يوم الخميس (hari kelima)
Jumaat/ Friday : Yaum al-jum`a يوم الجمعة (perhimpunan hari)

Dah lama saya x post BBM kan.. so hari ini, saya nak kongsi BBM untuk "Mengenal Hari Dalam Seminggu". Sesuai digunakan sbg BBM untuk murid tahun 1. Koleksi-koleksinya adalah seperti berikut.

Koleksi 1 dari Cikgu Jazlan
Download DISINI

Koleksi 2 dari Cikgu NurFarizan
Download DISINI

Koleksi 3 dari dinda.teJa
Download DISINI 
(Kalau x boleh download beritahu dikomen ya, supaya saya boleh adjust mana yang patut.)


Jumaat, 20 Mac 2015

Koleksi Bahagian-Bahagian dalam FAIL PPB

Assalamualaikum semua.. salam sejahtera,

Seperti yang telah diberitahu berkenaan PPPB pada entry sebelum ini, hari ini saya ingin berkongsi isi kandungan Portfolio PPPB yang harus dibangunkan oleh setiap guru. Kandungan tersebut meliputi dua bahagian utama iaitu Bahagian Kulit Depan Profil PPPB Individu dan Bahagian Isi Fail. Bahagian-bahagian tersebut, bolehla dirujuk seperti di bawah.


:: Kandungan Portfolio ::

BAHAGIAN KULIT DEPAN FAIL PROFIL PPB INDIVIDU
  • Nama:
  • Jawatan:
  • Tempat Bertugas:


BAHAGIAN ISI FAIL
A. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
  • Vitae Kurikulum.
  • Falsafah Pendidikan Negara.
  • Skop Kerja.
  • Sasaran Kerja Tahunan.


B. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL
  • Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan.
  • Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan.
  • Penyertaan dalam Aktiviti PPB.


C. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI
  • Senarai Tugas dan Tanggungjawab.
  • Sumbangan kepada KPM/JPN/PPD.
  • Penulisan/Penerbitan.


D. BAHAN BUKTI DALAM PdP/KEPIMPINAN
  • Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar dan Penilaian / Perancangan Strategik.
  • Contoh Hasil Kerja.


E. ANUGERAH /PENCAPAIAN
  • Anugerah Perkhidmatan.
  • Anugerah dalam PdP/Kepimpinan/Lain-lain.
  • Jemputan untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan dan Lain-lain.


F. PENILAIAN PdP/KEPIMPINAN
  • Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan.
  • Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan.
  • Maklum Balas dan Penilaian daripada Murid/Ketua Jabatan.



Hari ini sebelum tidur saya nk kongsikan beberapa koleksi bahagian-bahagian dalam fail PPB yang saya dapat secara percuma dari group-group bahan bantu mengajar. Diharap perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua, dan dibalas Allah swt setimpalnya kepada si penyumbang.


Khamis, 19 Mac 2015

Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) by dindateJa

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

KPM telah melancarkan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah seterusnya memperkasa profesyen perguruan. Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata PPPB memainkan peranan penting dalam membangun atribut dan kompetensi yang dihasratkan supaya guru serta pemimpin sekolah dapat menyampaikan perkhidmatan cemerlang secara berterusan.

Portfolio ini yang perlu diterjemahkan dalam bentuk fail oleh setiap guru dan pemimpin sekolah dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Pelan Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPPB) adalah untuk melengkapi pembangunan professionalisme sedia ada dan mentranformasi amalan pembangunan professionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan.

Buku panduan Pelan Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPPB) ini boleh dimuaturun dari laman sesawang di bawah.
http://apps8.moe.gov.my/abpg/bpg/PPPB/index.cfm atau http://apps8.moe.gov.my/abpg/bpg/PPPB/bhn/PELAN%20PEMBANGUNAN%20PROFESSIONALISME%20BERTERUSAN.pdf

Hari ini saya ingin berkongsi template untuk Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) individu. Template ini saya bangunkan menggunakan microsoft publisher (.pub). Jadi, pada yang memerlukan, bolehlah download file ini, dan edit ikut kesesuaian yang diinginkan.

Kredit diberikan kepada gambar-gambar dan info-info yang diperolehi dari sumber meng'google' dan dari group-group perkongsian percuma di fB. Saya panjangkan perkongsian anda semua. Moga murah rezeki kita di sana... :)

Antara helaian-helaian yang ada dalam perkongsian saya bolehla dilihat di bawah. Jika berminat, download lah secara percuma disini ... [ Template PPPB by dindateJa ]




Ikhlas,
dindateJa

Selasa, 10 Mac 2015

Mukaddimah


Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera khasnya kepada guru-guru dan bakal guru, tidak lupa kepada penggemar-penggemar bahan bantu mengajar. Nama saya Liza, simply bila online, bermula dari zaman universiti, saya lebih gemar memperkenalkan diri saya dinda.teJa @ dindateja dan yg sewaktu dengannya. Kononnya, bagi tujuan keselamatan! Kononnyalah.. :-p

Ok, hari ini saya mewujudkan satu blog baru, untuk membantu peminat-peminat BBM untuk mencari bahan-bahan bantu mengajar, berkongsi idea secara PERCUMA. Tujuannya lainnya, memudahkan saya refer kembali bahan-bahan yang saya perlukan bila mana Lappy buat hal, Hard disk rosak, atau kehilangan bahan akibat virus dan sbgnya..

Bahan-bahan yang akan saya postkan di blog ini adalah diambil dari group-group BBM percuma yang terpilih atas pilihan hati saya. Biasanya yang berkaitan dengan subjek yang saya ajar dahulu.

Disini saya ingin berkongsi beberapa group-group BBM yang aktif yang saya ikuti dilaman FB untuk anda dapatkan/berkongsi bahan-bahan bantu mengajar secara PERCUMA. Rata-rata group-group ini tidak membenarkan apa-apa iklan dipamerkan di dalam group mereka. So jangan nak cari pasal kempen perniagaan anda di sana k! Nak kempen bisnes cari group yang sesuai.. hehehe...

Jom gi cari bahan disini!







Sekian dulu,
Cikgu dinda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...