Blogger Widgets

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label BBM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BBM. Papar semua catatan

Ahad, 17 Mei 2015

Koleksi 20 Frame Kartun Terbaik (.png)

Assalamualaikum semua, salam sejahtera..

'Frame' atau pun bingkai biasanya digunakan semasa kemasan terakhir selepas kerja-kerja pengubahsuaian atau touch up gambar dilakukan.


Seperti entry saya sebelum ini, Kegunaan frame sangatlah banyak dan meluas. Untuk para guru, frame sangat diperlukan untuk menghias BBM yg kita hasilkan agar kelihatan lebih kemas, cantik, dan menarik perhatian. Tak kurang juga yang menggunakan frame sebagai penghias fail dan juga buku aturcara majlis. Walaubagaimanapun, amat sukar untuk kita mencari border dan frame dalam format .png atau .gif yang mana format-format ini kebiasaan latar belakangnya disimpan dalam bentuk transparency yang lebih mudah untuk digunakan/diedit.

Dengan itu, di waktu senggang cuti hari ini, saya telah mengumpul frame yang telah saya perolehi dari en.google, bertemakan kartun dalam format .png, iaitu yang latar belakangnya berbentuk transparency. Ada 20 files semuanya. Saya pecahkan kepada 2 groups kerana filesnya besar. Guru-guru atau sesiapa yang berkenan bolehlah download files tersebut disini.  Semoga usaha saya yang kecil ini dapat membantu permudahkan kerja dan menceriakan anda.

Selamat Hari Guru!!!


DOWNLOAD DISINI
<<Zip 1>> <<Zip 2>>

Ahad, 10 Mei 2015

Koleksi Carta/Jadual Perancangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Perancangan adalah proses membuat perancangan untuk sesuatu.
Ia adalah proses menetapkan matlamat, membangunkan strategi, dan menggariskan tugas dan jadual untuk mencapai matlamat. Ia memerlukan proses pemikiraan dan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang diperlukan untuk mencapai matlamat yang diingini.

Perancangan sangat perlu dalam usaha kita meneruskan kehidupan ini. Tanpa perancangan, sesuatu perkara tidak akan dapat dicapai dengan sempurna. Dapat kita lihat disini, sama ada kerja yang di buat menjurus ke arah kebaikan atau kejahatan, semuanya memerlukan perancangan yang teliti demi menghasilkan kejayaan. Cita-cita atau matlamat tidak dapat dicapai jika perancangan tidak dibuat dan diuruskan dengan betul.

Antara cara ringkas yang digunakan untuk menguruskan perancangan adalah dengan menyediakan carta/jadual perancangan. Berikut adalah beberapa koleksi carta/jadual yang saya kumpulkan daripada en.google dan juga dari penyediaan saya sendiri. Sesuai digunakan untuk pelajar-pelajar mahupun diri sendiri :).

Muat turun <<DISINI>> jika anda perlukan ia.


Rabu, 6 Mei 2015

Subhanallah, alhamdulillah, lailahaillallah, allahuakhbar


:: Subhanallah ::

Subhanallah dari segi bahasa bermaksud Maha Suci Allah. Huraiannya ialah kita meyakini bahawa Allah itu Maha Bersih dan Maha Suci. Allah tidak melakukan kesilapan dan segala tindakanNya sentiasa betul. Saya bagi contoh. Di dalam dunia ini, ada manusia yang Allah pilih untuk beri hidayah dan ada manusia yang Allah pilih untuk tidak memberi hidayah. Ketahuilah bahwa Allah SWT itu langsung tidak memilih kasih. Sesiapa yang diberikan hidayah oleh Allah memang layak menerima hidayah itu berdasarkan usaha dan takdirnya manakala sesiapa yang tidak diberikan hidayah oleh Allah SWT, dia memang tidak layak menerima hidayah tersebut berdasarkan usaha dan takdirnya juga.

Allah SWT langsung tidak serupa dengan manusia yang suka pilih kasih apabila memberi sesuatu. Contohnya bos yang asyik pilih kasih apabila memberi markah cemerlang dan pangkat walaupun mungkin ada orang lain yang sama/lebih layak untuk menerima markah cemerlang dan pangkat tersebut. Contoh yang lain apabila seseorang lelaki itu berkahwin empat. Adalah mustahil untuk dia menyintai keempat-empat isterinya dengan sama rata. Soal hati itu tidak dikira berdosa kerana itu sifat semulajadi manusia. Yang penting dia mestilah berlaku adil terhadap isteri-isterinya dengan memberikan hak mereka seperti nafkah zahir dan batin, giliran yang bersesuaian dsb.


:: Alhamdulillah ::

Alhamdulillah dari segi bahasa bermaksud segala puji itu hanya untuk Allah. Dari segi huraian maksudnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Apabila ada orang yang memuji kita samaada hebat, hensem atau kaya, kembalikanlah pujian tersebut kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah. Janganlah kita merasa hebat dengan apa yang kita miliki samaada ilmu, pangkat, harta dsb kerana semuanya adalah kurniaan dari Allah. Ada orang yang merasa dia hebat kerana berjaya menjawat pangkat yang tinggi dalam syarikat. Siapakah yang telah memberikannya otak dan kepandaian sehingga dia layak menjawat jawatan tersebut? jawapannya ialah Allah. Sebenarnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Di akhirat nanti, kita akan ditanya oleh Allah apakah yang telah kita buat dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Ucapkanlah Alhamdulillah juga untuk bersyukur terhadap segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.

Ucapan ALHAMDULILLAH yang diucap dengan ikhlas
nescaya akan dibalas dengan Rahmat dariNya
dan sesiapa yang diberi Rahmat olehNya
Insya Allah akan bertambah nikmatnya


:: Lailahaillallah ::
Maksud Lailahaillah ialah tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Dari segi huraian maksudnya kita hanya patut menyembah Allah semata-mata dan bukannya benda-benda lain di dunia ini. Kalau zaman dulu, masyarakat jahiliah menyembah berhala. Tapi zaman sekarang ini ada manusia yang bertuhankan benda seperti wang, wanita, pangkat, manusia dsb. Maksud bertuhankan benda ini ialah sanggup melakukan apa sahaja tidak kira halal atau haram untuk mendapatkan benda tersebut. Wang, wanita, pangkat dan lain-lain tidak salah untuk dimiliki tetapi perlu dimiliki dengan cara halal seperti bekerja, berkahwin dan jujur. Bukan dengan cara haram seperti menipu, mencuri, makan rasuah, berzina dsb. Ada orang yang sanggup bekerja dengan kuat tanpa menghiraukan solat 5 waktu kepada Allah SWT. Bukankah seolah-oleh dia telah bertuhankan wang dengan mengabaikan Allah SWT? Bukankah dia seolah-olah telah syirik kepada Allah SWT? berhati-hatilah dengan syirik kerana syirik termasuk dalam dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT kecuali dengan bertaubat Nasuha iaitu taubat yang bersungguh-sungguh dan tidak mengulangi lagi dosa tersebut.


:: Allahu Akbar ::
Dari segi bahasa Allahu Akbar bermaksud Allah Maha Besar. Huraian bagi maksud Allahu Akbar ialah Allah itu Maha Besar dan Hebat. Dia boleh berbuat apa sahaja yang dia kehendaki dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan segala tindakanNya itu. Tiada siapapun yang layak menyoal Allah tentang segala tindakan dan keputusanNya bahkan makhluklah yang akan disoal oleh Allah SWT di akhirat nanti tentang apa yang mereka kerjakan. 

Allah berfirman: Dia (Allah) tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak. (Al-Anbiya' 21:23)

Sesungguhnya ilmu Allah itu Maha luas. Sekiranya dibuat perbandingan ilmu Allah dengan ilmu makhluk itu, ilmu Allah itu seumpama satu lautan yang luas sedangkan ilmu makhluk itu seumpama setitis air dari lautan tersebut, bahkan lebih sedikit dari itu. Jadi layakkah kita mempertikaikan keputusan Allah terhadap kita dengan ilmu kita yang sedikit ini? Oleh itu, kita tidak boleh sama sekali membesarkan benda lain selain dari Allah SWT. Kesemua kita adalah hamba Allah yang tertakluk kepada hukum syariat yang telah ditetapkanNya. kita mestilah mengikut segala hukum syariat Allah untuk membesar dan mengagungkanNya.


<< Muat turun >> BBM zikir ini disini.
Moga BBM zikir yang ringkas ini dapat memberi manfaat kepada tuan/puan. Terima kasih.

Sumber rujukan: http://lautan-biru.blogspot.com/2011/09/maksud-subhanallah-alhamdulillah.html

Ahad, 3 Mei 2015

Tips Membuat Nota Ringkas Sendiri

Nota ringkas adalah frasa yang sering digunakan di India di institusi pendidikan. Ini bermakna nota ringkas merupakan penerangan ringkas mengenai apa-apa perkara yang diberikan. Subjek yang boleh menjadi apa-apa jenis topik seperti seseorang, sesuatu perkara, kejadian, atau idea.

Seperti namanya, nota pendek agak ringkas dan tidak dijangka meliputi subjek secara terperinci. Tiada garis panduan tetap pada panjang nota ringkas. Panjang yang sesuai nota pendek pastinya akan bergantung kepada subjek yang akan disentuh/ceritakan.

Ok, hasil dari carian di google, dapatlah ilham untuk buat tips ini ke dalam format .jpeg. Tips yg saya maksudkan adalah seperti yang tertera di tajuk entry ini "Tips Membuat Nota Ringkas Sendiri". Tips ini saya perolehi dari blog ebookpilihanbonda. Sesuai untuk pelajar-pelajar yang baru berjinak-jinak untuk membuat nota ringkas sendiri. Dengan tips ini, mudah-mudahan dapatlah sedikit panduan/idea untuk menghasilkan nota sendiri. Selamat mencuba n selamat malam! Assalamualaikum.

Jumaat, 1 Mei 2015

DIY Border and Frame - Bunga (.png)

Assalamualaikum semua, salam sejahtera..
Kegunaan border dan frame sangatlah banyak dan meluas. Untuk para guru, border dan frame sangat diperlukan untuk menghias BBM yg kita hasilkan agar kelihatan lebih kemas, cantik, dan menarik perhatian.

Tak kurang juga yang menggunakan border dan frame sebagai penghias fail dan juga buku aturcara majlis. Walaubagaimanapun, amat sukar untuk kita mencari border dan frame dalam format .png atau .gif yang mana format-format ini kebiasaan latar belakangnya disimpan dalam bentuk transparency yang lebih mudah untuk digunakan/diedit.

Dengan itu, di waktu senggang cuti hari ini, saya telah mengedit gambar yang telah saya perolehi dari en.google, untuk dijadikan border dan frame dalam format .png yg latar belakangnya berbentuk transparency. Guru-guru atau sesiapa yang berkenan bolehlah download file tersebut disini. Ada 13 files semuanya. Semoga usaha saya yang kecil ini dapat membantu permudahkan kerja anda.


DOWNLOAD DISINI by: dinda.teJa

Selasa, 10 Mac 2015

Mukaddimah


Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera khasnya kepada guru-guru dan bakal guru, tidak lupa kepada penggemar-penggemar bahan bantu mengajar. Nama saya Liza, simply bila online, bermula dari zaman universiti, saya lebih gemar memperkenalkan diri saya dinda.teJa @ dindateja dan yg sewaktu dengannya. Kononnya, bagi tujuan keselamatan! Kononnyalah.. :-p

Ok, hari ini saya mewujudkan satu blog baru, untuk membantu peminat-peminat BBM untuk mencari bahan-bahan bantu mengajar, berkongsi idea secara PERCUMA. Tujuannya lainnya, memudahkan saya refer kembali bahan-bahan yang saya perlukan bila mana Lappy buat hal, Hard disk rosak, atau kehilangan bahan akibat virus dan sbgnya..

Bahan-bahan yang akan saya postkan di blog ini adalah diambil dari group-group BBM percuma yang terpilih atas pilihan hati saya. Biasanya yang berkaitan dengan subjek yang saya ajar dahulu.

Disini saya ingin berkongsi beberapa group-group BBM yang aktif yang saya ikuti dilaman FB untuk anda dapatkan/berkongsi bahan-bahan bantu mengajar secara PERCUMA. Rata-rata group-group ini tidak membenarkan apa-apa iklan dipamerkan di dalam group mereka. So jangan nak cari pasal kempen perniagaan anda di sana k! Nak kempen bisnes cari group yang sesuai.. hehehe...

Jom gi cari bahan disini!







Sekian dulu,
Cikgu dinda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...