Blogger Widgets

Pengikut

Selasa, 26 Mei 2015

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)


TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) SEBAGAI MATA PELAJARAN
Pada Tahap II, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diajar sebagai satu mata pelajaran sebagai persediaan ke sekolah menengah yang menekankan kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran disiplin ilmu TMK yang berteraskan Standard Kandungan dalam Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data; dan Pengaturcaraan. MATLAMAT Matlamat Standard Kurikulum TMK Tahap II adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran khusus disiplin ilmu TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik.

OBJEKTIF
  1. Diakhir pembelajaran TMK Tahap II, murid akan dapat:
  2. Memahami tentang perisian dan peranti komputer.
  3. Memahami ukuran data dan keselamatan komputer.
  4. Menggunakan pengetahuan multimedia dan aplikasi khusus untuk membangunkan persembahan multimedia tak linear.
  5. Memahami rangkaian komputer dan fungsi internet.
  6. Memahami data, maklumat dan membangunkan pangkalan data.
  7. Mengenali pengaturcaraan dan memahami algoritma untuk membangun atur cara.
  8. Menjana idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.

FOKUS Pada Tahap II (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6), fokus diberikan kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid berdasarkan SK dan SP dalam lima modul yang diperkenalkan iaitu Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data; dan Pengaturcaraan.



PERANCANGAN KANDUNGAN
TMK pada Tahap II lima modul diperkenalkan iaitu Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data dan Pengaturcaraan. Kelima-lima modul ini akan diterjemahkan kepada domain pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kandungan yang terdapat dalam kesemua modul ini disusun atur mengikut aras kognitif murid iaitu dari aras mudah ke aras yang lebih kompleks. Penerangan setiap modul adalah seperti berikut:

Modul
Penerangan
Dunia Komputer
Modul ini diperkenalkan kepada murid untuk mempelajari bagaimana sebuah sistem komputer itu berfungsi, memahami fungsi perisian dan peranti yang terlibat, berupaya memanipulasi ukuran data, serta mampu menjaga keselamatan data dan komputer.

Eksplorasi Multimedia
Eksplorasi Multimedia diperkenalkan kepada murid untuk menunjukkan bagaimana maklumat dipersembahkan dalam bentuk multimedia, membina bahan multimedia menggunakan aplikasi khusus dan membangunkan persembahan multimedia interaktif tak linear.

Sistem Rangkaian dan Dunia Internet
Modul ini merangkumi topik rangkaian dan internet secara teori dan amali. Murid akan diberikan pengetahuan mengenai rangkaian yang membolehkan komputer berinteraksi antara satu sama lain, perkhidmatan dalam Internet serta kemahiran membangunkan laman Blog.

Dunia Pangkalan Data
Modul ini diperkenalkan kepada murid untuk mengenali data dan maklumat, mempelajari ciri-ciri pangkalan data dan jenis data dalam pangkalan data serta membangunkan satu sistem pangkalan data yang mudah.

Pengaturcaraan
Modul ini akan melatih murid belajar menggunakan pemikiran logik dalam menyelesaikan masalah melalui penggunaan aplikasi pengaturcaraan. Murid juga akan mempelajari proses yang terlibat dalam membangunkan sesuatu atur cara melalui pendekatan pembangunan atur cara yang sistematik dan mudah.

1 ulasan:

  1. boleh ajar murid2 buat blog. pastu blogwalking blog cikgu. cikgu dapat traffic free. bila budak2 dah besar, blog diorang dah mantap. dah boleh jadi sumber pendapatan yang lumayan

    http://kucenmaster.blogspot.com/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...